Isnin, 25 Julai 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Smk Semop berkesempatan untuk mengadakan majlis Khatam al-Quran pada tahun. Walaupun secara sederhana tetapi dengan kesungguhan pelajar majlis berkenaan dapat dilaksanakan. Tumpuan adalah kepada 30 orang yang telah bertadarus sepajang bualan ramadhan selepas solat tarawih..terima kasih pada yang terlibat








SUMBANGAN OLEH YB ABDULLAH

Sumbangan disampaikan oleh YB Abdullah kepada pelajar Smk Semop untuk kegunaan pelajar. Antara sumbangan beliau adalah set permainan (bola, set badminton, baju jersey, permainan dalaman) set teater untuk hiburan pelajar asrama. Pihak sekolah megucapkan ribuan terima kasih kepada YB atas sumbangan beliau.



CERAMAH ICT

Ceramah ICT disampaikan oleh Pusat Internet 1 Malaysia..
ceramah berkisarkan jenayah cyber yang dilakukan oleh masyarakat zaman sekarang sama dalam sedar atau tidak sedar. Selain itu penerangan berkaitan keselamatan diri semasa berkongsi sesuatu dilaman sosial.










Jumaat, 8 April 2016

LAWATAN TIDAK RASMI YB NORAH BINTI ABDUL RAHMAN KE SMK SEMOP

6 APRIL 2016
SMK SEMOP berasa bertuah kerana mendapat kunjungan tidak rasmi oleh YB NORAH BINTI RAHMAN ke SMK SEMOP. Kehadiran beliau ke sekolah bagi melihat keadaan pelajar dan suasana sekolah SMK SEMOP.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB kerana melawat ke smk semop.












STAF SMK SEMOP

STAF SMK SEMOP 2016



KEMPEN MEMBACA SATU MALAYSIA

6 APRIL 2016
SMK SEMOP telah melancarkan kempen membaca satu malaysia untuk semua pelajar. Kempen ini bertujuan untuk menanam sikap rajin membaca dalam diri pelajar selain memperkukuhkan bahasa melayu . Walaupun bahan bacaan di Smk Semop kurang namun dengan sumbangan buku dari pelbagai pihak akan memberi dorongan kepada pelajar untuk menanam sikap membaca.
BAGI YANG INGIN MENYUMBANG APA SAHAJA BUKU boleh berurusan dengan pihak sekolah.









Ahad, 3 April 2016

KEM PENGAWAS

Hujung minggu 1 dan 2 April selama 2 hari satu malam telah diadakan kem pengawas. Kem yang diadakan bertujuan untuk memantapkan fizikal dan mental pengawas.Seramai 38 orang perserta tercalon dalam kem pengawas ini dan hanya 32 orang sahaj yang terpilih dari semua yang mengikuti kem berkenaan. Kem ini mempunyai modul-modul yang disediakan oleh bahagian kaunseling. Kem berakhir dengan jayanya.








HARI PENEPATAN SASARAN 2016

30 Mac 2016
Jam 2 petang merupakan hari penetapan sasaran bagi pelajar tigkatan 3 2016. Penetapaan sasaran ini bertujuan untuk meletakkan target untuk pelajar capai. Dalam penetapan sasaran ini juga pelajar beserta waris akan menandatangani surat akujanji untuk mencapai apa yang disasarkan. Guru kelas akan menyampaikan serba sedikit berkaitan dengan markah ujian awal tahun. Ulasan diberikan berdasarkan TOV dan ETR pelajar.