Rabu, 27 Januari 2016

KELAS MALAM

Setiap malam para pelajar akan mengikuti kelas malam (prep) bagi menyelesaikan tugasan yang guru berikan atau mengulangkaji pelajaran.Buat masa sekarang semua pelajar dikumpulkan di dewan makan berikutan kekurangan kekuatan guru untuk mengawasi pelajar. Kelas malam akan bermula selepas isyak sehingga 9.30p.m  (waktu akan berubah mengikut keadaan semasa).

Pelajar lelaki

Pelajar perempuan

Selasa, 26 Januari 2016

AGIHAN BUKU LATIHAN KEPADA PELAJAR

Pada 26 Januari 2016 para pelajar diagihkan lebihan buku latihan yang mereka tidak dapat semasa pendafataran disebabkan masalah dari pembekal. Tetapi pembekal menunaikan janji yang buku itu akan dilangsaikan hujung bulan 1. Selepas perhimpunan buku latihan diagihkan kepada para pelajar.
Buku yang diedarkan kepada pelajar

Khamis, 21 Januari 2016

Smk Semop

Sekolah Menengah Kebangsaan Semop merupakan sekolah menengah pertama yang diwujudkan di kawasan pulau Bruit daerah Daro, Sarawak. Sebanyak 4 buah sekolah menengah sahaja yang diseliakan oleh PPD Daro iaitu Smk Matu, Smk Belawai, Smk Semop (yang baru) dan Smk TPDP Hajjah Normah. Pada Tahun 2016 Smk Semop mula dibuka untuk pelajar yang berasal dari pulau dan kawasan sekitar. Pembukaan sekolah hanya menerima pelajar tingkatan 1,2,3 sahaja. Kebanyakan tingkatan 2 dan 3 bertukar dari Smk TPDP Hajjah Normah ke Smk Semop.
Fasiliti bagunan yang disediakan cantik. Di bawah adalah suasana persekitaran Smk Semop..
(ayat skema :-) pada pos yang akan datang saya akan menggunakan bahasa yang mudah difahami)


Gambar ini adalah keadaan sekeliling Smk Semop


Hadapan pintu masuk sekolah



Kawasan belakang bagunan pentadbiran

Blok Pendidikan (pnp)

Kuaters Guru


Kawasan gelanggang + tapak perhimpunan

Kantin

Blok makmal dan bengkel

Asrama lelaki

Gelanggang sebelah asrama

Dewan makan pelajar asrama

Asrama Perempuan