Selasa, 23 Februari 2016

LENCANA SEKOLAH

Smk Semop secara rasminya telah mendapat lencana sekolah dan sudah boleh dianggap lencana rasmi sekolah. Dengan majoriti warna berwarna biru, lencana ini akan gah di sekolah ini sebagai sekolah menengah pertama di Pulau Bruit..  

Gambar di bawah adalah staf-staf yang berkhidmat di Smk Semop. 
( Gambar staf akan di kemaskini dari semasa ke semasa sebab susah nak kumpulkan semua gambar sekaligus :-)  )
Lo Liat Ling (Pengetua)
Yusof Bin Haji Omar ( PK1 )
Aminuddin Bin Shadan (Kaunselor)
EN Kabis bin Atok 
Fadhly Syah M. Shaharuddin
Gesie Anak Ngelai ( Penyelia Asrama )




PERJALANAN KE SMK SEMOP

Perjalanan ke SMK SEMOP memakan masa hampir 1 jam 15 minit daripada sibu. Lingkungan kelajuan 100-120 km/j. Laluan perlu menghala ke Tanjung Manis. Apabila tiba di simpang mengala ke Tanjung Manis perlulah ke sebelah kanan yang akan bertemu kg Serdeng dan kg Sedau dan diikuti dengan jeti Paloh. Setelah menaiki feri Paloh dengan harga tambang Rm1 bagi sebiji kereta. Perjalanan menaiki feri memakan masa hampir 15 minit sebelum sampai di kepulauan Bruit. Apabila sudah mendarat anda perlu bergerak hampir 10 minit sebelum tiba di SMK Semop. Anda akan berjumpa Sk Semop dahulu sebelum Smk Semop yang mana Smk Semop berada di belakang Sk Semop boleh lihat gambar dibawah sebagai tatapan.


Harga tiket feri

Dah nak sampai ke darat

Turun dari feri


Kg Serdeng sebelum sampai ke jeti

Menghala ke jeti

Waktu feri beroperasi

Dalam feri

SOLAT JUMAAT

Asslamualaikum..
Solat jumaat bagi pelajar lelaki asrama buat masa terdekat dilaksanakan di masjid kg Semop.
Pihak sekolah dalam proses permintaan untuk mendaftarkan surau dan membuat permohonan untuk mengadakan solat jumaat di sekolah atas pelbagai faktor. Disini ada beberapa gambar pelajar bergerak ke masjid Semop.



Isnin, 1 Februari 2016

BALIK KAMPUNG

2 minggu sekali pelajar asrama dibenarkan untuk pulang ke kampung untuk bertemu sana saudara. Saat ini yang selalunya dinantikan oleh para pelajar asrama. Iyala boleh berjumpa kawan serta keluarga dan melupakan tekanan belajar buat sementara. Kebanyakan akan pulang ke Tekajong, Penipah, Bruit dan sebagainya. Kebanyakan pelajar asal dari Pulau Bruit.
(antara suasana pelajar pulang ke kampung)







PERJALANAN KE SMK SEMOP

Perjalanan ke Smk Semop dari Sibu memakan masa hampir 1 jam 15 minit dengan menggunakan kereta berkelajuan 100-120 km/j. (hati-hati jalan beralun). Jalan untuk datang ke smk Semop dan jalan ke Tanjung Manis adalah sama cuma akan berpecah pada satu simpang 3. (nanti kita bagi gambar) di simpang 'T' berkenaan Tanjung Manis ke kiri manakalan Smk Semop ke kanan. Apabila anda ke kanan akan bertemu dengan dua buah kg iaitu Kg Serding dan Kg Sedau sebelum bertemu jeti feri batang Paloh. Dari Jeti Paloh anda akan menaiki feri (feri boleh bawak naik kereta moto..lori pun boleh).. Perjalan menggunakan feri ini mengambil masa dalam 15-20 minit melihat kepada keadaan air. Tambang feri berkenaan murah je..RM1 untuk kereta dan motosikal free. Setelah sampai di seberang anda kan bergerak lebih kurang 10 minit untuk sampai ke Smk Semop. Cara untuk mudah anda tau dah sampai ke belum, anda akan berjumpa dengan SK Semop dahulu di sebelah kiri,,SMK SEMOP belakang SK Semop sahaja..(gambar dibawah sebagai tatapan)

Kg Serdeng
Menghala ke jeti
Tambah kapsyen
Waktu feri beroperasi

Harga tiket

Keadaan dalam feri
Dah sampai seberang
Tukar gear rendah keluar dari feri