Isnin, 28 Mac 2016

SOLAT BERJEMAAH

SMK SEMOP mengamalkan solat zohor berjemaah di surau al-Quddus. Selepas habis waktu pnp pelajar akan terus bergerak ke surau untuk menunaikan solat solat berjemaah. Pelajar lelaki diwajibkan setiap hari manakala perempuan mengikut jadual. Hal ini kerana surau tidak mampu menempatkan semua pelajar.
SEPERTI MANA YANG KITA TAHU SMK SEMOP SEKOLAH BAHARU. JADI KELENGKAPAN SURAU MASIH TIDAK MENCUKUPI. BAGI YANG INGIN MENYUMBANG KEPADA SURAU AL-QUDDUS SMK SEMOP BOLEHLA MENGHUBUNGI SAYA HAFIZ..0125489532 UNTUK KETERANGAN LANJUT.





Isnin, 7 Mac 2016

ATLIT OLAHRAGA

Pada 7 Mac 2016 Seramai 22 orang pelajar Smk Semop telah di hantar untuk pertandingan olahraga di stadium Daro peringkat bahagian. Smk Semop telah menghantar pelajar bagi acara balapan dan padang. Semoga atlit Smk Semop berjaya membawa pingat.






Ahad, 6 Mac 2016

PEPERIKSAAN AWAL TAHUN

Hari ni 7 Mac 2016 Smk Semop memulakan peperiksaan awal tahun. Kesemua tingkatan menduduki peperiksaan sehingga 11 Mac 2016. Peperiksaan awal tahun ini adalah untuk melihat tahap pelajar SMK Semop. Dan keputusan daripada peperiksaan ini pihak sekolah akan mencari inisiatif bagi membantu pelajar supaya dapat meningkatkan akedemik mereka. Sama-sama kita doakan mereka untuk peperiksaan awal tahun ini.


Jumaat, 4 Mac 2016

FIRE DRILL

Pada khamis yang lepas 3 mac 2016 SMK SEMOP telah mengadakan latihan fire drill untuk kali pertama. Pihak JPAM daro telah datang ke sekolah bagi menunjukkan latihan kebakaran serta aktiviti yang lain seperti aktiviti selamatkan magsa dari bangunan yang tinggi, ruang pameran ( ikatan tali, baju keselamatan pelbagai keadaan). Latihan fire drill dimulakan seawal jam 2 p.m dan tamat lebih awal dari yang dirancang kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan (hujan). Kesemua pelajar memberikan kerjasama yang baik dan majlis berjalan dengan lancar. Pihak SMK SEMOP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada JABATAN PERTAHANAN AWAM DARO kerana dapat turut serta dalam latihan ini. Kerjasama daripada pihak mereka amat pihak sekolah hargai.













Rabu, 2 Mac 2016

TAFSIRAN / PENERANGAN LOGO

BENTUK: Bentuk logo adalah berasaskan bentuk perisai  dari gabungan bentuk bulatan dan segi     empat. Bentuk perisai ini melambangkan SMK Semop sentiasa bersedia menghadapi apa jua perkembangan serta cabaran terkini dunia pendidikan yang sentiasa berkembang pesat seiring dengan kemajuan dunia sains dan teknologi global.

CORAK:
TIGA BULATAN KUNING
(YANG DISUSUN BERGANDINGAN)
Melambangkan tiga bidang utama dalam kegiatan kokurikulum (Sukan Permainan,                          Kelab Persatuan dan Kebudayaan) Dalam konteks ini, SMK Semop sentiasa memperjuangkan kecemerlangan dalam semua bidang kokurikulum.

CORAK BERBENTUK OBOR
Melambangkan semangat juang  serta kesungguhan SMK Semop yang sentiasa berkobar-           kobar untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan yang diperjuangkan.

CORAK YANG BERBENTUK
IMEJ BUKU YANG TERBUKA
Melambangkan SMK Semop sebagai sebuah institusi pendidikan sentiasa komited memberi       pendidikan yang berkualiti kepada semua generasi pelajarnya. Ini juga melambangkan bahawa ilmu pengetahuan atau pendidikan adalah asas kecemerlangan.


TIGA CORAK  BERBENTUK FIGURA GRADUAN
YANG DISUSUN SECARA BERTINDIH / MENGEMBANG
Melambangkan bahawa pendidikan adalah perjuangan sepanjang hayat dan perlu dikembangkan selaras dengan perkembangan semasa. Dalam konteks ini SMK Semop                                       sentiasa mempersiap serta memperkasakan diri untuk mendepani ledakan kemajuan dunia pendidikan yang sentiasa berkembang pesat. Ringkasnya SMK Semop sentiasa berpandangan jauh demi mencapai kecemerlangan.


SLOGAN SMK SEMOP “KEMENJADIAN  KECEMERLANGAN”
Cogan kata “ Kemenjadian” membawa maksud SMK Semop sentiasa komited dalam                      merealisasi kemenjadian murid serta seluruh warganya demi mencapai “Kecemerlangan” yang dihasratkan bersama.


WARNA

BIRU                                    
Warna melambangkan bahawa unsur perpaduan serta semangat kerjasama serta semangat saling bantu membantu menjadi keutamaan warga SMK Semop untuk mejana kemenjadian dan kecemerlangannya.

KUNING                                                
Warna kuning melambangkan bahawa SMK Semop serta  seluruh warganya sentiasa                      menjujung kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan mendukung penuh  lima prinsip Rukun Negara.

MERAH                                              
Warna merah, melambangkan keberanian dan kegagahan. Dalam konteks mengharungi               dunia pendidikan SMK Semop sedia menghadapi cabaran dan perkembangan semasa dunia pendidikan masa kini dengan berpaksi kepada Falsafah Pendidikan Negara.



HITAM                                         
Warna hitam, melambangkan ketabahan, kesungguhan, semangat dididikasi yang tidak akan luntur serta sentiasa berkobar-kobar untuk merelisasikan kemejadian SMK Semop sebagai institusi pendidikan yang cemerlang.



MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA

Pada 28 Februari 2015 (ahad ) yang lepas SMK SEMOP telah mengadakan satu mesyuarat PIBG yang pertama. Dihadiri oleh waris dari sekitar kg pulau Bruit. Agenda mesyuarat berkenaan adalah berkaitan dengan lantikan ahli jawatankuasa PIBG smk semop. Undian dilakukan bagi melantik calon yang layak. Dihadiri hampir kesemua waris dan majlis berjalan lancar dan meriah. Sambutan daripada ibu bapa dan waris memang menggalakkan. Dimulakan dengan kedatangan waris seawal jam 7 a.m dan tamat pada 12 p.m.