BENTUK: Bentuk
logo adalah berasaskan bentuk perisai
dari gabungan bentuk bulatan dan segi empat.
Bentuk perisai ini melambangkan SMK Semop sentiasa bersedia menghadapi apa jua perkembangan serta
cabaran terkini dunia pendidikan yang sentiasa berkembang pesat seiring dengan
kemajuan dunia sains dan teknologi global.
CORAK:
TIGA BULATAN KUNING
(YANG DISUSUN
BERGANDINGAN)
Melambangkan tiga bidang utama dalam kegiatan kokurikulum (Sukan
Permainan, Kelab
Persatuan dan Kebudayaan) Dalam konteks ini, SMK Semop sentiasa memperjuangkan kecemerlangan
dalam semua bidang kokurikulum.
CORAK
BERBENTUK OBOR
Melambangkan semangat juang
serta kesungguhan SMK Semop yang sentiasa berkobar- kobar
untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan yang diperjuangkan.
CORAK YANG BERBENTUK
IMEJ BUKU YANG TERBUKA
Melambangkan SMK Semop sebagai sebuah institusi pendidikan sentiasa komited
memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua
generasi pelajarnya. Ini juga melambangkan bahawa ilmu pengetahuan atau
pendidikan adalah asas kecemerlangan.
TIGA CORAK BERBENTUK FIGURA GRADUAN
YANG DISUSUN SECARA
BERTINDIH / MENGEMBANG
Melambangkan
bahawa pendidikan adalah perjuangan sepanjang hayat dan perlu dikembangkan selaras dengan
perkembangan semasa. Dalam konteks ini SMK Semop sentiasa
mempersiap serta memperkasakan diri untuk mendepani ledakan kemajuan dunia pendidikan yang sentiasa berkembang pesat. Ringkasnya
SMK Semop sentiasa berpandangan jauh demi mencapai
kecemerlangan.
SLOGAN SMK SEMOP “KEMENJADIAN KECEMERLANGAN”
Cogan
kata “ Kemenjadian” membawa maksud SMK Semop sentiasa komited dalam merealisasi kemenjadian murid serta
seluruh warganya demi mencapai “Kecemerlangan” yang dihasratkan bersama.
WARNA
BIRU
Warna
melambangkan bahawa unsur perpaduan serta semangat kerjasama serta semangat saling
bantu membantu menjadi keutamaan warga SMK Semop untuk mejana kemenjadian dan kecemerlangannya.
KUNING
Warna
kuning melambangkan bahawa SMK Semop serta
seluruh warganya sentiasa menjujung
kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan mendukung penuh lima prinsip Rukun Negara.
MERAH
Warna
merah, melambangkan keberanian dan kegagahan. Dalam konteks mengharungi dunia
pendidikan SMK Semop sedia menghadapi cabaran dan perkembangan semasa dunia pendidikan
masa kini dengan berpaksi kepada Falsafah Pendidikan Negara.
HITAM
Warna
hitam, melambangkan ketabahan, kesungguhan, semangat dididikasi yang tidak akan
luntur serta sentiasa berkobar-kobar untuk merelisasikan kemejadian SMK Semop sebagai
institusi pendidikan yang cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan